BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, September 7, 2010

TOUCH RUGBY


Sejarah Ragbi dan Perkembangannya
Ragbi  merupakan sejenis permainan bola berpasukan yang dimainkan oleh dua pasukan. Pemain dari setiap pasukan akan mencuba skor dengan cara menyepak, melontar, atau membawa bola sehingga mereka boleh menyepak untuk melepasi gol lawan atau menyentuh di belakang garisan lawan. Pasukan yang memungut mata paling banyak maka pasukan itu yang akan diisytiharkan menang bagi perlawanan ini.
Sejarah permainan ragbi bermula di sebuah sekolah di England. Pada tahun 1823, seorang murid dari sekolah Rugby bernama William Webb Ellis bermain bola sepak bersama rakan-rakannya. Secara tidak sengaja William Webb Ellis mengutip bola yang dihantar kepadanya, lalu membawa bola itu ke arah gol. Bermula dari kejadian itu, permainan ragbi mula mendapat perhatian dalam kalangan murid-murid di England.
                                         UMS SPORTS SCIENCE RUGBY TEAM 

Ragbi Sentuh
Permainan ini tidak banyak bezanya dengan permainan ragbi yang biasa. Cuma perbezaannya adalah jumlah pemain, ukuran gelanggang, peraturan dan cara bermain.
Berikut adalah perbezaan ragbi sentuh dengan ragbi yang sebenar:
1.       Jumlah pemain seramai 7 orang sahaja dalam satu pasukan. Hanya 5 orang sahaja yang akan bermain.
2.       Jika pihak lawan telah melakukan touch sebanyak 5 kali, bola tersebut akan jatuh ke tangan pihak lawan.
3.       Tiada tekel, skrum dan tendangan try  dalam permainan ini.
4.       Cara sentuhan yang diambil kira adalah dengan menggunakan kedua-dua belah tangan, namun ada sesetengah permainan menggunakan undang-undang sentuhan satu tangan sahaja. 
5.       Gol akan dikira apabila try berjaya dilakukan.
6. Bola yang dipegang tidak boleh jatuh. Jika terjatuh, bola tersebut akan jatuh ke tangan pihak lawan.
7. Roll Ball akan dilakukan sebagai hantaran apabila bola terjatuh dan touch sebanyak 5 kali.

KEMAHIRAN ASAS PERMAINAN RAGBI
Menghantar  dan menerima Bola
Dalam permainan ragbi, kemahiran menghantar bola merupakan kemahiran asas yang paling mustahak. Menghantar bola dengan tepat atau menerima bola dengan sempurna semasa berlari membantu keberkesanan permainan.


Asas membuat hantaran bola
1. Pegang kemas bola dengan kedua belah tangan. Berat badan kamu perlulah berada pada kaki belakang.
2. Tukar berat badan kamu ke kaki hadapan serentak itu juga, hayun kedua belah lengan sehingga bola melintasi badan menuju ke arah sasaran kamu.
3. Perhati sasaran kamu. Di peringkat ini, kamu tidap perlu melihat bola. Biasakan melihat rakan sepasukan di sekeliling. Hantaran bola selalunya tepat jika kamu dapat menentukan sasaran dengan cepat.
4. Setelah melepaskan bola ke arah sasaran, pastikan lengan kamu membuat hayun lajak ke arah penerima bola.
5. Selepas menghantar bola, segeralah berundur supaya kamu berada di belakang pembawa bola dan bersedia untuk menerima bola.

Mengelak dan mengacah
Kemahiran menukar arah dengan cepat ketika berlari atau larian yang mengelirukan bertujuan menghindarkan pihak lawan menyentuh kamu. Kemahiran ini digunakan apabila pihak lawan berlari meluru ke arah kamu.


Apabila pihak lawan mendekati kamu, langkah kaki ke arah yang berlawanan, kemudian tukar arah larian dengan pantas. Tindakan ini menyebabkan pihak lawan tidak pasti arah larian dapat mengimbangi badannya.

Menghalang atau Bertahan
kemahiran ini dilakukan apabila pihak lawan menguasai bola dan semakin maju ke hadapan. Satu barisan melintang perlu dilakukan bagi menghalang kemaraan  pihak lawan. jika mereka semakin maju ke hadapan, semakin dekatlah mereka dengan kawasan gol dan sekaligus memberi mereka peluang untuk melakukan try.  Benteng panjang yang dilakukan akan menyukarkan mereka untuk maju ke hadapan kerana peluang untuk mereka maju ke hadapan amat tipis.  Touch yang dilakukan akan menyebabkan bola jatuh ke tangan pihak lain.


Roll Ball
Roll akan dilakukan apabila bola terjatuh ke tanah. Roll  juga akan dilakukan apabila touch sebanyak 5 kali dilakukan. 

GOL
·          Pasukan yang berjaya membuat ‘ try ’ akan mendapat 1 mata.











5 comments:

Unknown said...

Cm biasa je

Unknown said...

Game yg sesuai utk pelajar perempuan, kerana tidak perlu melakukan tackle, dan tidak berbahaya...

nrulereyen said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

H

Unknown said...

Rugbi aku tak blh ke negeri sembilan harus aku lakukan dengan baik cg ������������������ sumpah tak tipu plis Caya lah yang aku tak blh ke negeri ini totur aku tak blh ke negeri ini dengan jelas bahawa negeri Kelantan sepertimana juga negeri Terengganu datuk seri Najib Tun Razak berkata UMNO masih merupakan parti yang hebat dan yakin akan masuk syurga tanpa hisab dan falak ke negeri ini dengan jelas bahawa negeri Kelantan sepertimana juga negeri Terengganu datuk seri Najib Tun Razak berkata UMNO masih merupakan parti yang tidak pernah dpt aku tak blh ke negeri ini dengan jelas bahawa negeri Kelantan yyyy aku tak blh ke negeri ini dengan jelas bahawa negeri Kelantan sepertimana juga negeri Terengganu datuk seri Najib Tun Razak berkata UMNO masih merupakan parti